Bonjour! ![]() Hello and welcome to SyuhadaaDaud's blog I pour my heart and thoughts here Pardon my words Tagboard
Please do not spam my cbox. Please put your blog link so I can visit you back :) ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
SANTAU
Assalamualaikum. sihat? apa kene dgn tajuk tu? aku sekadar nk berkongsi ilmu dgn korg apa yg aku tau ttg santau. nk tau mksd santau tak?
Santau atau juga dikenali sebagai tuju-tuju, merujuk kepada sejenis ilmu hitam yang digunakan untuk meracun musuh. Secara umum, santau dilakukan dengan 2 cara iaitu cara fizikal dan cara santau angin. Santau secara fizikal biasanya meracun seseorang melalui makanan atau minuman. Makanan seseorang itu ditaruh miang buluh, kaca, serbuk Ipoh, bisa besi, dan lain-lain. Bahan-bahan tersebut akan memasuki perut seseorang dan akan melukakan bahagian dalam perut. Musuh yang termakan racun santau ini akan muntah darah, pitam, pengsan dan meninggal dunia. Terdapat juga jenis santau yang hanya perlu diletakkan pada baju atau kasut mangsa. Bagi santau jenis ini, serbuk kaca atau buluh akan menyebabkan rasa miang yang menyebabkan mangsa menggaru. Perbuatan ini akan melukakan kulit mangsa dan membolehkan bahan racun ramuan santau memasuki saluran darah, dengan itu meracun mangsa. Santau angin lebih mistik iaitu dengan bacaan jampi tertentu dan dihembuskan ke arah musuh. Menurut kepercayaan juga, pengamal ilmu santau sukar atau tidak dapat zuriat disebabkan bisa santau yang diamalkan oleh mereka mampu membunuh zuriat yang dikandung oleh isteri mereka.
sumber: En. Wikipedia
Jenis-jenis santau:
Tanda-tanda Terkena Santau:
Batuk yang berterusan walaupun makan ubat hospital pun tak baik-baik dan gejala batuk pada waktu-waktu tertentu seperti maghrib, pagi, tengah malam, nak subuh, ada yag 24jam (mcm batuk anjing) , muntah darah, rasa tercucuk-cucuk dalam badan seperti ada jarum (di bahagian dada, sendi-sendi badan, peha, dan kaki), demam panas, sakit kepala, lenguh atau lemah sendi dan anggota badan, tiada selera makan ( kesannya jadi badan susut dan bila cuba nak makan rasa nak muntah), susah nak tidur malam, kerap mengantuk di siang hari, gatal-gatal badan, pemarah (sifat yg dibangkitkan oleh jin, syaitan, iblis), pelupa, resdung, barah, kayap, lumpuh ( yg menyerang buah pinggang) dan ada yg sampai buat putus urat jantung, serta jadi gila, lemah tenaga batin, kudis (biasanya ramuan santau ini boleh didapati dari kepulauan Borneo), penyedih, penakut, pembenci, pemalas , fikiran tidak tenteram (sehingga tidak boleh membuat keputusan dengan tepat dan hilang keyakinan diri, suka bersendirian (tidak suka bergaul dengan org ramai), sakit perut dan sakit belakang.
Kesan Santau:
Merosakkan rohani dan jasmani ( rasa tidak tenteram), merosakkan rumah tangga, merosakkan organ dalaman, merosakkan fikiran dan maut. Tanda fizikal mangsa santau : warna kebiru-biruan (biru kundang) di kuku tangan dan kaki, bibir, kelopak mata dan ada yang tahap kritikal menjadikan paru-paru dan jantung bermasalah dan berlubang. Tidak ada perawat dapat memastikan dengan tepat berapa lama tahap santau sudah berada dalam badan pesakit tetapi berdasarkan pengalaman perawat santau, jika hanya bahagian dada saja berkemungkinan santau tersebut baru masuk mungkin tidak kurang dari satu atau dua minggu, kalau sudah sampai ke pinggang berkemungkinan sudah masuk dalam sebulan atau beberapa bulan ,kerana bila bahan santau dapat dikeluarkan dari badan pesakit dapat dilihat bahan tersebut masih baru dan bila dah sampai ke kaki berkemungkinan sudah beberapa tahun. Kalau yang dah lama bertapak, apabila keluar mungkin santau itu sudah menjadi hitam. Wallahu'alam. Jika pesakit santau menggunakan X-ray, ia tak dapat dikesan tetapi jika pesakit itu terkena santau biasanya hasil filem x-ray tersebut di bahagian paru-paru akan menjadi gelap dan doktor gagal mengesan puncanya. Santau ini bila dah masuk ke dalam tubuh mangsa melalui mulut atau sebagainya, seperti yang diterangkan sebelumnya ia akan menjadi racun masuk ke pembuluh darah seperti bagaimana masuknya gangguan jin dan syaitan termasuk sihir dan menyerap ke seluruh badan dan terus ke otak dan ada kesan santau menjadikan anggota badan seperti lidah menjadi pendek membuatkan mangsa tidak boleh bercakap, mulut menjadi herot, dan tangan menjadi merengkot.
Klik Darussyifa Blogspot untuk cara-cara menangani santau, cara-cara untuk mengetahui terkena santau and macam2 lagi. hope korg sudi bukak link tu utk info2 ttg santau.
Tu je kot yg aku nk kongsi. thanks sbb baca entry ni. Assalamualaikum :)
|